Wednesday 25 April 2012

Konsert "Rock 4 Him" yang ke-4

Shalom semuanya, sangat indah kasih Tuhan dalam hidup kita, amen! Dengan penuh syukur memaklumkan bahawa Team Praise Valley Youth kita ada mengikuti konsert "ROCK 4 HIM" yang dianjurkan oleh BEM New Life yang diadakan pada 21 April 2012, hari sabtu, jam 7.30pm. Pada malam itu Team Praise Valley kita merupakan kumpulan yang kelima membawa persembahan pada malam itu. Kami membawa konsep muzik sketsa/konsert/Promosi lagu Praise Valley yang baru.

Banyak gereja dari setiap Bandaraya Kuching datang bersama-sama membawa persembahan pada malam tersebut denga nyanyian yang baru dan muzik serta rentak baru untuk kemuliaan Tuhan. Diantaranya gereja BEM Kuching, Iris Garden Band, BEM Olive Garden, BEM Ebenaezar, BEM Satria Jaya Iban, TCS Christian Fellowship dan BEM New Life sendiri.


Dan pada malam itu Praise Valley kita membawa dua buah lagu. Lagu pertama dari album Praise Valley sendiri "Father I Worship You" yang berjudulkan MULIA, serta lagu kedua ialah Raja Segala Raja (TW Youth), yang dipimpin oleh Simon Jolly, penyanyi-penyanyi yang bersama ialah Rhemedy Anthony, Grace Robin dan Adlina Sibat, Pemuzik ialah Freddie Daneil (Lead), Hezron Daneil (Bass), Eric Shane (Drum), Ling Sing Hing "Thecko" (Acoustic) dan Timothy Tadam (Keyboard)...Para modern dance kami ialah Angela Pengiran, Yohanalis Ulleh, Vivi Rahas dan Susan Argo.

Banyak muda-mudi kami yang datang juga bersama untuk menyokong aktiviti ini. Biarlah di dalam Tuhan kita mempersembahkan yang terbaik dan hebat untuk kemuliaan namaNya, amen

Thursday 5 April 2012

REVOLUTION KUCHING 2012

PRAISE VALLEY YOUTH telah melibatkan diri di dalam REVO KUCHING 2012 yang diadakan di ACS Hall (CEWC) pada 14-15 Mac 2012. Kami diberi tanggungjawab dalam menguruskan USHER/KAUNSELOR dimana kami bergabung dengan beberapa buah gereja namun kami diberi tannggungjawab untuk mengetuai para USHER tersebut. Sungguh luar biasa acara yang dilakukan oleh para ACT CHURCH member yang merupakan ahli REVO sendiri. Terdapat lebih dari 500 orang yang hadir dalam acara ini melibatkan para pelajar seperti sekolah rendah, tadika, sekolah menengah dan kampus. PERUBAHAN yang dilakukan buat nama Tuhan kita, amen!

Aktiviti ini dilakukan dua hari...dimana hari pertama ialah REVO ACADEMY manakala hari kedua ialah REVO PARTY. Banyak pelepasan dan pemulihan yang terjadi. OUR GOD is an AWESOME GOD!

Pengkhotbah merupakan Pastor Kenneth Chin manakala MC ialah Pastor Andy Yeoh masing-masing dari gereja Act Church...Tahniah dan Selamat melayani buat REVO TEAM yang melakukan TOUR ke seluruh MALAYSIA malah SINGAPORE...haleluyah!