Tuesday 24 July 2012

Youth Fellowship - Movie Nite

Muda-Mudi yang datang
Shalom semua, Persekutuan Muda-Mudi ini pada tarikh 19 Mei 2012...Bertemakan "Movie Nite"...yang dikendalikan oleh Bro.Thecko & Sis.Glady Sigar. Sememangnya banyak anak-anak muda yang datang untuk sama-sama menonton movie yang ditayangkan. Dan Terima kasih kepada Tuhan kerana ada jiwa yang baru hadir bersama ^^

Mereka yang baru merupakan pelajar dari Politeknik Kuching serta seorang veteran yang baru juga turut datang bersama.
Movie tengah ditayangkan

Semasa Movie ini ditayangkan, ada jualan juga disediakan bagi mengisi "perut kosong" pada mas itu. Makanan dan minuman seperti keropok, popcorn, air sirap & sebagainya yang sememangnya murah dan berpatutan. 
Layun memimpin satu group
Group yang dimpimpin oleh Lolo


Movie tersebut selama 2jam 30min dimana ianya sangat membuat anak-anak muda berfikir apa objektif, motif, nilai yang ada pada setiap klimaks atau jalan cerita yang disampaikan.

Selepas habis tayangan movie tersebut, ada aktiviti persekutuan singkat untuk sama-sama memerah otak dimana adanya nilai yang disampaikan di dalam Movie tersebut. Berkongsi bersama, saling memberi pendapat dan idea masing-masing. Acara yang sememangnya tidak lama tetapi melalui Movie pasti memberi IMPAK bagi anak-anak muda yang menonton.