Banyak gereja dari setiap Bandaraya Kuching datang bersama-sama membawa persembahan pada malam tersebut denga nyanyian yang baru dan muzik serta rentak baru untuk kemuliaan Tuhan. Diantaranya gereja BEM Kuching, Iris Garden Band, BEM Olive Garden, BEM Ebenaezar, BEM Satria Jaya Iban, TCS Christian Fellowship dan BEM New Life sendiri.Dan pada malam itu Praise Valley kita membawa dua buah lagu. Lagu pertama dari album Praise Valley sendiri "Father I Worship You" yang berjudulkan MULIA, serta lagu kedua ialah Raja Segala Raja (TW Youth), yang dipimpin oleh Simon Jolly, penyanyi-penyanyi yang bersama ialah Rhemedy Anthony, Grace Robin dan Adlina Sibat, Pemuzik ialah Freddie Daneil (Lead), Hezron Daneil (Bass), Eric Shane (Drum), Ling Sing Hing "Thecko" (Acoustic) dan Timothy Tadam (Keyboard)...Para modern dance kami ialah Angela Pengiran, Yohanalis Ulleh, Vivi Rahas dan Susan Argo.
Banyak muda-mudi kami yang datang juga bersama untuk menyokong aktiviti ini. Biarlah di dalam Tuhan kita mempersembahkan yang terbaik dan hebat untuk kemuliaan namaNya, amen



No comments:
Post a Comment