Muda-Mudi yang datang |
Mereka yang baru merupakan pelajar dari Politeknik Kuching serta seorang veteran yang baru juga turut datang bersama.
Movie tengah ditayangkan |
Semasa Movie ini ditayangkan, ada jualan juga disediakan bagi mengisi "perut kosong" pada mas itu. Makanan dan minuman seperti keropok, popcorn, air sirap & sebagainya yang sememangnya murah dan berpatutan.
Movie tersebut selama 2jam 30min dimana ianya sangat membuat anak-anak muda berfikir apa objektif, motif, nilai yang ada pada setiap klimaks atau jalan cerita yang disampaikan.
Selepas habis tayangan movie tersebut, ada aktiviti persekutuan singkat untuk sama-sama memerah otak dimana adanya nilai yang disampaikan di dalam Movie tersebut. Berkongsi bersama, saling memberi pendapat dan idea masing-masing. Acara yang sememangnya tidak lama tetapi melalui Movie pasti memberi IMPAK bagi anak-anak muda yang menonton.