Wednesday 22 August 2012

Rhemedy Anthony - Bapa Dengarkanlah (Hosana) - Acoustic


Rhemedy Anthony - Bapa Dengarkanlah (Hosana) - Acoustic


http://snd.sc/OVquzC (BAPA DENGARKANLAH) - Acoustic by
Rhemedy Anthony -> Lyric

Bapa dengarkanlah
S’ruan doa anakMu
Curahkanlah rahmatMu
Di tanahku tercinta

Malaysia dalam tanganMu
Pulihkanlah bangsaku
Kau berjaya dan berkuasa
KemuliaanMu tercurah

Cho::
Hosana
Hosana
Hosana
In the Highest

Satukanlah umatMu
GerejaMu bersatu
S’karanglah waktunya
MukjizatMu nyatalah

Tuesday 24 July 2012

Youth Fellowship - Movie Nite

Muda-Mudi yang datang
Shalom semua, Persekutuan Muda-Mudi ini pada tarikh 19 Mei 2012...Bertemakan "Movie Nite"...yang dikendalikan oleh Bro.Thecko & Sis.Glady Sigar. Sememangnya banyak anak-anak muda yang datang untuk sama-sama menonton movie yang ditayangkan. Dan Terima kasih kepada Tuhan kerana ada jiwa yang baru hadir bersama ^^

Mereka yang baru merupakan pelajar dari Politeknik Kuching serta seorang veteran yang baru juga turut datang bersama.
Movie tengah ditayangkan

Semasa Movie ini ditayangkan, ada jualan juga disediakan bagi mengisi "perut kosong" pada mas itu. Makanan dan minuman seperti keropok, popcorn, air sirap & sebagainya yang sememangnya murah dan berpatutan. 
Layun memimpin satu group
Group yang dimpimpin oleh Lolo


Movie tersebut selama 2jam 30min dimana ianya sangat membuat anak-anak muda berfikir apa objektif, motif, nilai yang ada pada setiap klimaks atau jalan cerita yang disampaikan.

Selepas habis tayangan movie tersebut, ada aktiviti persekutuan singkat untuk sama-sama memerah otak dimana adanya nilai yang disampaikan di dalam Movie tersebut. Berkongsi bersama, saling memberi pendapat dan idea masing-masing. Acara yang sememangnya tidak lama tetapi melalui Movie pasti memberi IMPAK bagi anak-anak muda yang menonton.

Wednesday 16 May 2012

Youth Service - 5 May 2012



Puji Tuhan kerana sekali lagi di dalam Kebaktian muda-mudi kita pada 5 Mei 2012 berjalan dengan luar biasa yang dikendalikan oleh Bro. Freddie Daneil dan Sis.Debby Layun, M.C buat kebaktian ini ialah Bro. Thecko dan sangat-sangat memberkati di mana Pengkhotbah kali ini kita mengundang seorang jejaka dari Bless Indonesia Partnership (BIP) untuk menyampaikan Firman Tuhan, iaitu Pak Novan Nur Fatah. Beliau dilahirkan di Bandung dan sangat memberkati Firman Tuhan yang disampaikan oleh beliau dengan membuka hati anak-anak muda yang hadir pada malam itu.

Pemimpin Pujian merupakan Bro.Rhemedy Anthony dan Teamnya membawa pujian dan penyembahan dengan tampilnya pemain muzik baru iaitu :- Seth Peli (Lead Guitar), Chipper Edmund (Bass) & Clement Empaling (Drum). Disamping itu, Altar-Call juga dilakukan bagi pemulihan dan penyembuhan buat generasi muda zaman ini. 






Tidak lupa juga, Team Praise Valley juga menyambut hari jadi dua orang gadis kita yang cantik-molek. Saudari Grace Robin (5th May) dan Saudari Adlina Sibat (4th May) yang merupakan vokalis-vokalis di dalam Praise Valley. Idea kejutan ini juga disokong oleh Praise Valley Team Production sendiri ^^ 

Dengan sokongan juga dari Multimedia Ministry menayangkan satu Video Khas buat mereka J,dan Ada tetamu “Youth” baru kian bertambah. Antaranya :- Duxburry Kho (Momok) and the Friends..:)..Merupakan pelajar dari Politeknik Kuching turut hadir bersama dalam kebaktian ini. BAWA BANYAK LAGI KAWAN-KAWAN KAMU k Momok..Amen :-)















Iklan Kebaktian Muda-mudi
Minggu ini ada kebaktian muda-mudi (19 May 2012) yang dikendalikan sekali lagi oleh Bro.Freddie Daneil dan Sis.Debby Layun.
Tema: Watching Movie
*Jualan juga akan dilakukan

Wednesday 25 April 2012

Konsert "Rock 4 Him" yang ke-4

Shalom semuanya, sangat indah kasih Tuhan dalam hidup kita, amen! Dengan penuh syukur memaklumkan bahawa Team Praise Valley Youth kita ada mengikuti konsert "ROCK 4 HIM" yang dianjurkan oleh BEM New Life yang diadakan pada 21 April 2012, hari sabtu, jam 7.30pm. Pada malam itu Team Praise Valley kita merupakan kumpulan yang kelima membawa persembahan pada malam itu. Kami membawa konsep muzik sketsa/konsert/Promosi lagu Praise Valley yang baru.

Banyak gereja dari setiap Bandaraya Kuching datang bersama-sama membawa persembahan pada malam tersebut denga nyanyian yang baru dan muzik serta rentak baru untuk kemuliaan Tuhan. Diantaranya gereja BEM Kuching, Iris Garden Band, BEM Olive Garden, BEM Ebenaezar, BEM Satria Jaya Iban, TCS Christian Fellowship dan BEM New Life sendiri.


Dan pada malam itu Praise Valley kita membawa dua buah lagu. Lagu pertama dari album Praise Valley sendiri "Father I Worship You" yang berjudulkan MULIA, serta lagu kedua ialah Raja Segala Raja (TW Youth), yang dipimpin oleh Simon Jolly, penyanyi-penyanyi yang bersama ialah Rhemedy Anthony, Grace Robin dan Adlina Sibat, Pemuzik ialah Freddie Daneil (Lead), Hezron Daneil (Bass), Eric Shane (Drum), Ling Sing Hing "Thecko" (Acoustic) dan Timothy Tadam (Keyboard)...Para modern dance kami ialah Angela Pengiran, Yohanalis Ulleh, Vivi Rahas dan Susan Argo.

Banyak muda-mudi kami yang datang juga bersama untuk menyokong aktiviti ini. Biarlah di dalam Tuhan kita mempersembahkan yang terbaik dan hebat untuk kemuliaan namaNya, amen

Thursday 5 April 2012

REVOLUTION KUCHING 2012

PRAISE VALLEY YOUTH telah melibatkan diri di dalam REVO KUCHING 2012 yang diadakan di ACS Hall (CEWC) pada 14-15 Mac 2012. Kami diberi tanggungjawab dalam menguruskan USHER/KAUNSELOR dimana kami bergabung dengan beberapa buah gereja namun kami diberi tannggungjawab untuk mengetuai para USHER tersebut. Sungguh luar biasa acara yang dilakukan oleh para ACT CHURCH member yang merupakan ahli REVO sendiri. Terdapat lebih dari 500 orang yang hadir dalam acara ini melibatkan para pelajar seperti sekolah rendah, tadika, sekolah menengah dan kampus. PERUBAHAN yang dilakukan buat nama Tuhan kita, amen!

Aktiviti ini dilakukan dua hari...dimana hari pertama ialah REVO ACADEMY manakala hari kedua ialah REVO PARTY. Banyak pelepasan dan pemulihan yang terjadi. OUR GOD is an AWESOME GOD!

Pengkhotbah merupakan Pastor Kenneth Chin manakala MC ialah Pastor Andy Yeoh masing-masing dari gereja Act Church...Tahniah dan Selamat melayani buat REVO TEAM yang melakukan TOUR ke seluruh MALAYSIA malah SINGAPORE...haleluyah!

Tuesday 14 February 2012

Welcoming Gathering 2012 (REFRESH)

Shalom anak-anak Tuhan yang dikasihi dalam Kristus. Kami baru saja selesai Welcoming Gathering kami yang pertama buat tahun yang baru ini. WG kali ini berjudulkan "REFRESH" bererti Kesegaran yang baru buat tahun ini untuk kita tempuhi dan jalani bersama dengan Kristus :-) Aktiviti "REFRESH" ini diketuai oleh Glady Sigar dan Ling Sing Hing (Theck Ko)

Tema : Refresh
Tempat : SIB Praise Valley
Tarikh : 11 Februari 2012
Masa : 6.30pm - 9.00pm

Kali ini, MC untuk WG ini ialah Larry Sakai Geriso (Sakai) dan Clarence Padan (CMP)...membawa kesegaran dengan lawak dan jenaka menghidupkan suasana WG ini :-) Pujian dan Penyembahan pula dibawa oleh Grace Robin dan Yohanalis Ulleh bersama dengan Melissa Baun Besam membawa genre muzik yang baru yang di-arrange muziknya oleh Freddie Daneil. Dan terdapat juga sharing ringkas oleh Simon Jolly dan juga kesaksian dari Shane Arie...Banyak Games yang dipersembahkan..best!!!!


Sambil itu, kami juga buat SURPRISE BIRTHDAY kepada PAMELA ANN dimana hari jadinya sama tarikh dengan WG tersebut, ada DUA kek lagi tu! Pakatan 3 orang - Rhemedy Anthony, Debbie Layun dan Noria Lasah...haha...terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang untuk lakukan SURPRISE ini bersama. Tuhan memberkati :-)

TALENTA 2011 (3D TALENT)

Shalom buat saudara-saudari dalam Kristus,selagi lagi saya ingin mengucapkan terima kasih sebab sempat melawat di dalam blog muda-mudi kami yang ringkas ini namun kami percaya Kasih Tuhan membuat kita bertemu lagi. Amen! Saya ingin mengongsikan mengenai apa yang telah dialami ketika di dalam Hari Talenta yang kedua ini merupakan satu kejayaan yang baik dan luar biasa! Phewiittt!!!!! (tema sorakan TALENTA ke-2) hihihihii....:-P Sangat-sangat terkilan apabila melihat banyak anak-anak muda mahupun veteran-veteran (dewasa) yang hadir...lebih dari 300 orang dan ianya sangat luar biasa sebab ia diadakan di Transfornation Centre, Tabuan ini menjadikan manusia yang hadir hebat-hebat dan fantastik! Sangat riuh dan Bertenaga...Sememangnya ianya mantap dan BEST BANGET!!!

Kali ini, Banyak IPT/Kolej yang hadir seperti Politeknik, TCS (Twintech), KSKB, IPTAR, IPBL, Segi College, I-System, PLPB, UNITAR dan banyak lagi kolej dan universiti yang menyertai. Talenta yang kedua ini berjudulkan 3D TALENT yang bererti Discover, Develop, Distribute...yang membawa besar erti TALENTA buat anak-anak Tuhan di bumi ini. Kami juga mengundang bersama seorang penyanyi rohani yang sangat luar biasa bernama Alma Niges (Philippines) serta seorang pemain YO-YO wakil Sarawak bernama Ryan Han dari Baptist Church. Memiliki bakat setaraf professional. Memang Hebat persembahan yang telah dipersembahkan!

Sambil itu juga kami lakukannya dengan penuh kelainan, ada TALK-SHOW oleh Para MC kita (Souisa dan Loviana), yang menemu ramah Pastor Oda Ato, Simon Jolly dan Alma Niges mengenai TALENTA yang ada pada mereka untuk Pengetahuan akan bakat yang telah Tuhan berikan. Kemudian di-khotbah singkat oleh Pastor Raya Ginting dari Bless Indonesia Partnership (BIP). Sungguh mendalam erti TALENTA dimana semuanya itu oleh kerana KASIH KARUNIA Tuhan pada kita semua.

Selain itu juga, Youth Praise Valley mencipta sebuah lagu tema khas untuk TALENTA berjudulkan "Shine Your Talent" yang di-compose oleh Andersen Lani (Sean)..terdapat dalam dua versi muzik. Gandingan pencipta lirik oleh Praise Valley sendiri yang dinyanyikan oleh Rhemedy Anthony, Andersen Lani, Jeslynah Irene Aren Anthony, Angela Pengiran, Charles Jee Meng Leong dan Chipper Edmund. Mantap nyanyian baru dan tarian :-) Tarian yang digabung bersama dengan Praise Valley Dance Ministry.

Semoga apa yang telah kami lakukan ini, memberkati generasi pada zaman ini. Tuhan memberkati :-)