Monday 13 February 2012

TALENTA 2010

Shalom buat saudara-saudari dalam Kristus,selagi lagi saya ingin mengucapkan terima kasih sebab sempat melawat di dalam blog muda-mudi kami yang ringkas ini namun kami percaya Kasih Tuhan membuat kita bertemu lagi. Amen! Saya ingin mengongsikan mengenai apa yang telah dialami ketika di dalam Hari Talenta ini merupakan satu kejayaan yang baik dan luar biasa! Wow! (tema sorakan TALENTA) hihihihii....:-P Sangat-sangat terkilan apabila melihat banyak anak-anak muda mahupun veteran-veteran (dewasa) yang hadir...lebih dari 400 orang dan ianya sangat luar biasa sebab dengan tempat yang agak sempit di tempat kami lakukannya di ACS Second Hall ini menjadikan manusia yang hadir hebat-hebat dan fantastik! Sangat riuh dan sempit...sampai aircon pun tak mampu menyejukkan kami yang sempit di dalam dewan tersebut. Sememangnya ianya mantap dan BEST BANGET!!!

Semasa para tetamu datang,saya terkejut juga melihat ramai mereka dari setiap IPT dan sekolah yang hadir. Mereka daftar kedatangan mereka pada Unit pendaftaran kami di depan kaunter sebelum masuk ke dewan dan kami juga ada mengadakan Celebrity Wall bagi tujuan memperingati mereka yang datang dan menjadi kenangan buat kami untuk mengenal mereka dengan lebih dalam lagi. Di mana yang orang yang mengurus photography ini ialah Glen Andrew Udan dengan krew-krewnya untuk memastikan Celebrity Wall ini berjaya untuk menyempurnakan acara kami dalam TALENTA ini. Memang banyak IPT-IPT mahupun sekolah-sekolah yang hadir seperti IKM, PLPB (Belia), Kolej Abdillah, UNITAR, UITM, UNIMAS, Politeknik Kuching, PTPL, Twintech dan banyak lagi mereka yang tak sempat saya sebutkan....

Semasa acara ini dijalankan, Opening yang sangat mantap dengan adanya Countdown dengan muzik yang serba hebat! Wow! yang diketuai oleh Rhemedy Anthony. Sekeliling yang digelapkan....dengan cahaya warna-warni berseri....indahnya! Muzik dari Praise Valley Bandyang luar biasa membuatkan sekeliling bergerak! sehingga ada yang berdiri di atas kerusi lagi...huhu....sampai saya boleh lihat mereka semua bersempit-sempit....dan mereka melompat dan menari dengan adanya gaya mereka sendiri..hahahaa! (tak tahu gaya apalah....:-P) Lagunya Namanya Yesus banyak membuat anak-anak muda ikut apabila saya melihat mereka melompat sekuat hati mereka dengan klimaks lagunya....seiring itu lagu Hati Hamba yang menyentuh hati setiap orang yang hadir banyak memberi makna dalam kehidupan peribadi....


Dan beberapa kata-kata semangat dan khotbah ringkas dari Pastor Oda Atoyang memberi dorongan kepada anak-anak muda untuk terus maju dan bergerak! Ada makan tengahari juga...sebab acara ni dari pukul 9.00am mula sampai 3.00pm....6 jam kok....hihi....makanan yang enak-enak dan yang mengejutkan ialah sampai tak cukup makanan pun ada....huhu.....sampai ada antara kami terpaksa beli tapau di luar untuk mereka yang tak sempat ambil makanan...huhu....Bravo guys!!! kamu orang cukup hebat kerana menghulurkan tenaga membeli makanan lagi....semasa itu, acara mulai dengan GAMES yang dibawa oleh setiap ketunya ;- Simon Jolly, Vivia Paya Robin, Loviana Ai, Yohanalis Ulleh dan selepas itu, ada persembahan-persembahan dari setiap IPT-IPT dan sekolah-sekolah.....it So Amazing!!!!! dalam lakonan, nyanyian koir, tarian breakdance.....banyak bakat anak-anak muda zaman kini.....


Sejurus itu, pengakhirannya dengan Celebration oleh Praise Valley Bandsekali lagi yang diketuai oleh Ted Douglas dengan nyanyian Raja Pemenang dan Sukacita Bergelora yang hebat! ada alunan ombak dari manusia-manusia yang hadir dengan kerjasama mereka yang lucu-lucu dan luar biasa....lompatan yang tinggi menampakkan semangat mereka yang tak pernah pudar di dalam Tuhan....Dan selepas itu Doa penutupan oleh Penatua Anthony Antong,ketua gereja SIB Praise Valley mengucapkan terima kasih dan syukur kepada yang datang dan harap kita bertemu lagi pada masa hadapan dalam TALENTA 2011....doakan aktiviti k yang diisytiharkan sebagai aktiviti tahunan muda-mudi Prasie Valley....sebab selepas ini, tempatnya lebih luas lagi dan pasti akan lebih mantap lagi! dan kita akan ingin mencapai lebih seribu orang yang datang....amen! Tuhan memberkati! See u all! Love u anak-anak Tuhan! WOW!!!! <3















No comments:

Post a Comment